Sunday, November 8, 2009

Kesucian Solat

Solat memiliki kedudukan yang teramat tinggi darjatnya dalam agama Islam. Hampir tidak ada amalan ibadah lain yang dapat menyainginya. Solat merupakan rujukan utama amalan ibadah soleh yang lain dan juga merupakan amalan pertama yang dihisab oleh Allah s.w.t di hari pengadilan. 
Allah dan Rasul-Nya memberikan penghargaan dan pahala yang besar kepada muslim yang sentiasa menunaikan solat dengan benar dan baik. Balasan yang diberikan adalah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Sebaliknya sesiapa yang tidak melakukan kewajipan ini, Allah s.w.t akan menempatkannya pada kehidupan yang sesat, tidak terkawal dan kelak di akhirat dibalas dengan neraka. Solat menerangkan jiwa yang kelam. Ia membimbing dan mengawal akhlak iaitu mencegah kemungkaran dan kebatilan. 
 "Taharah' berasal daripada Bahasa Arab dan menurut Bahasa ialah bermakna 'Bersuci'.Dalam solat kesucian amat dititikberatkan.Persoalan 'Taharah' sangat penting bagi umat Islam. Ini kerana ia merupakan salah satu penentu sah atau tidaknya ibadah yang kita lakukan. Oleh itu, seorang muslim dituntut oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya supaya selalu menjaga kebersihan baik kebersihan lahiriah dan batiniah.
"Semoga Kita Menjadi Hamba Allah s.w.t yang sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah kerana sesungguhnya Allah merupakan zat yang suci".

Salam Pertemuan


Salam. Terima kasih kepada anda yang sudi mengunjungi blog ini. Tidak ada apa yang berbeza cuma hanya sebagai tempat untuk menyimpan seribu memori perjalanan hidup sebagai insan biasa yang sentiasa mengharap keredhaan-Nya.